Kunjungan Hormat LPHP ke LPHS: Memperkasa Hubungan Antara Agensi Perumahan Negeri
Lembaga Perumahan Dan Hartanah Pahang (LPHP) telah mengadakan kunjungan hormat ke Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) bagi membincangkan pelbagai inisiatif strategik dan perkongsian amalan terbaik dalam pengurusan sektor perumahan negeri sekaligus memperkasa hubungan antara dua agensi itu.
Ketibaan rombongan LPHP yang diketuai Ketua Pegawai Eksekutif LPHP, YH. Dato' Ahmad Islanizam Bin A. Halim telah disambut oleh Pengarah Eksekutif LPHS, YH. Dato' TPr Dr. Juhari Bin Ahmad, barisan pengurusan tertinggi LPHS serta Pengurus Besar Perumahan Dan Hartanah Selangor Sdn. Bhd., sebuah anak syarikat LPHS.
Kunjungan ini antara lain dapat membuka ruang kerjasama lebih erat antara LPHP dengan LPHS khususnya dalam pembangunan dasar perumahan serta pemerkasaan sistem penyampaian perkhidmatan yang lebih efektif.
LPHP merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak LPHS atas sambutan mesra dan sesi perkongsian yang sangat bermanfaat. Semoga jalinan hubungan ini terus diperkukuh demi kesejahteraan rakyat.