Lawatan Kerja Projek Perumahan Rumah Makmur Kampung Tiram, Kuantan

  • Diterbitkan pada 13/06/2025
  • 29 klik

YB. Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin Bin Mohd Ariff, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang telah mengadakan lawatan kerja ke tapak projek Rumah Makmur Kampung Tiram, Kuantan bagi meneliti secara langsung perkembangan pembinaan projek berkenaan.

 

Turut hadir ialah YH. Dato' Ahmad Islanizam Bin A. Halim, Ketua Pegawai Eksekutif LPHP, bersama wakil pemaju Nilaitek (M) Sdn. Bhd.

Projek perumahan ini melibatkan sebanyak 635 unit rumah, merangkumi 3 Fasa iaitu Fasa 1 (286 unit), Fasa 2 (177 unit) dan Fasa 3 (172 unit).

 

LPHP sebelum ini telah menjalankan pemantauan berkala terhadap projek berkenaan namun belum menunjukkan kemajuan memuaskan. Lawatan ini adalah usaha tegas Kerajaan Negeri Pahang dan LPHP untuk memastikan pemaju mengambil langkah segera mempercepatkan penyiapan projek demi kepentingan pembeli dan kesejahteraan rakyat.

 

Sehubungan itu, LPHP akan terus memantau secara rapi dan tindakan susulan akan dipertimbangkan sekiranya tiada perkembangan positif dalam masa terdekat.

Secara keseluruhan, sebanyak 48 projek membabitkan 8,592 unit Rumah PR1MA Pahang dan Rumah Makmur telah berjaya memperoleh CCC di seluruh negeri ini.

 

Bagi tahun 2025 sahaja, 435 unit telah memperoleh CCC setakat ini dan LPHP menyasarkan penyiapan 946 unit rumah melalui 7 projek PR1MA Pahang dan Rumah Makmur menjelang hujung tahun ini.

 

Sistem Perumahan Awam Pahang

Satu pusat sehenti berkaitan perumahan yang menawarkan perkhidmatan berikut:
  • Senarai projek-projek perumahan mengikut daerah
  • Pendaftaran dan semakan permohonan perumahan di bawah Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Pahang, Projek Rumah Makmur, Projek Rumah Pahang, Projek Rumah Penjawat Awam Negeri Pahang (RPAP), Rumah Kos Rendah dan Sederhana Rendah.
  • Kemudahan pembayaran sewaan Rumah PAKR secara atas talian

"Kediaman Selesa, Hidup Sejahtera"

Hakcipta Terpelihara © 2025
Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang
Tingkat 7 & 8, Menara Teruntum, Jalan Mahkota, 25000 Kuantan, Pahang
Tel : 095512777 / 095512888
Email : home[a]lphpahang.gov.my