KSK LPHP Agih Daging Korban kepada 101 Penerima di PAKR Sungai Pandan
Kelab Sukan Dan Kebajikan (KSK) Lembaga Perumahan Dan Hartanah Pahang (LPHP) mengagihkan daging korban kepada 101 penerima di sekitar PAKR Sungai Pandan, Kuantan.
Agihan daging itu diadakan pada Program Ibadah Korban KSK LPHP bersama Kelab Sukan dan Kebajikan Pegawai-Pegawai (KESKEP) Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) yang berlangsung pagi tadi di perkarangan pejabat JKPTG, Kuantan.
Usaha ini dilaksanakan bagi menyantuni komuniti setempat, menyemarakkan semangat berkongsi rezeki, serta memperkukuh hubungan antara LPHP dan masyarakat.
Program yang disertai oleh 29 ahli KSK dan 40 ahli KESKEP ini turut menyaksikan semangat gotong-royong dalam memastikan pelaksanaan program dapat berjalan lancar.