LPHP Sempurnakan Lafaz Akad Korban Untuk Daerah Cameron Highlands dan Raub

  • Diterbitkan pada 06/06/2025
  • 13 klik

Masjid Kayangan Brinchang, Cameron Highlands

Lembaga Perumahan Dan Hartanah Pahang (LPHP) menyumbang tiga ekor lembu sempena pelaksanaan ibadah korban bagi tahun ini di daerah Cameron Highlands dan Raub.

Bagi menyempurnakan ibadah tersebut, sesi Lafaz Akad Korban telah dilaksanakan oleh wakil LPHP di tiga lokasi iaitu Masjid Kayangan Brinchang dan Masjid Abu Bakar Tanah Rata di Cameron Highlands serta Surau SPKA Batu Talam, Raub dengan masing-masing menerima seekor lembu.

Inisiatif ini adalah antara usaha LPHP dalam mengukuhkan jalinan kerjasama dengan komuniti setempat serta menyokong pelaksanaan ibadah korban demi kesejahteraan bersama.

 

Sistem Perumahan Awam Pahang

Satu pusat sehenti berkaitan perumahan yang menawarkan perkhidmatan berikut:
  • Senarai projek-projek perumahan mengikut daerah
  • Pendaftaran dan semakan permohonan perumahan di bawah Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Pahang, Projek Rumah Makmur, Projek Rumah Pahang, Projek Rumah Penjawat Awam Negeri Pahang (RPAP), Rumah Kos Rendah dan Sederhana Rendah.
  • Kemudahan pembayaran sewaan Rumah PAKR secara atas talian

"Kediaman Selesa, Hidup Sejahtera"

Hakcipta Terpelihara © 2025
Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang
Tingkat 7 & 8, Menara Teruntum, Jalan Mahkota, 25000 Kuantan, Pahang
Tel : 095512777 / 095512888
Email : home[a]lphpahang.gov.my