LPHP Selesai Lafaz Akad Korban
Telah berlangsung Sesi Lafaz Akad Korban oleh YB. Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin Bin Mohd Ariff, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang bertempat di Pusat Khidmat Rakyat DUN Bebar, Pekan, pada pagi tadi.
Lembaga Perumahan Dan Hartanah Pahang (LPHP) telah diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, YH. Dato' Ahmad Islanizam Bin A. Halim pada sesi berkenaan.
Turut sama pada Sesi Akad Korban ialah PahangGo, YP Maintenance, Kumpulan Utiliti Pahang (KUP) dan SMR Selenggara.
Sesi ini merupakan permulaan pelaksanaan ibadah korban bagi tahun ini serta memperkukuh hubungan kerjasama antara agensi demi manfaat bersama.