Majlis Penyerahan Kunci Rumah Rakyat Pahang (RRP) Fasa 4 Di Kampung Sentosa, Maran

  • Diterbitkan pada 29/05/2025
  • 21 klik

Majlis Penyerahan Kunci Rumah Rakyat Pahang (RRP) Fasa 4 bagi kawasan Parlimen Maran telah berlangsung dengan jayanya hari ini.

 

Projek RRP merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Pahang untuk menyediakan kediaman berkualiti kepada rakyat berpendapatan rendah dan golongan yang memerlukan. Sebagai tambahan, setiap penerima turut menerima sumbangan peralatan rumah bernilai RM2,000 sebagai sokongan awal untuk menduduki kediaman baharu mereka.

Majlis penyerahan kunci telah disempurnakan oleh YH Dato' Sri Hajjah Shahaniza Binti Haji Shamsuddin, Penyelaras DUN Chenor. Turut hadir ialah Puan Nur Husna Binti Abdul Latif, Pengurus Seksyen Perancangan Strategik dan Pemantauan Projek Lembaga Perumahan Dan Hartanah Pahang (LPHP), bersama wakil agensi Kerajaan Negeri dan Penghulu Kampung.

Kerajaan Negeri Pahang komited untuk terus menyediakan kediaman yang selesa dan berkualiti demi kesejahteraan rakyat negeri ini. Tahniah diucapkan kepada 25 penerima RRP Daerah Maran. Semoga pemberian ini menjadi sinar harapan bagi kehidupan yang lebih baik dan selesa.

 

Sistem Perumahan Awam Pahang

Satu pusat sehenti berkaitan perumahan yang menawarkan perkhidmatan berikut:
  • Senarai projek-projek perumahan mengikut daerah
  • Pendaftaran dan semakan permohonan perumahan di bawah Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Pahang, Projek Rumah Makmur, Projek Rumah Pahang, Projek Rumah Penjawat Awam Negeri Pahang (RPAP), Rumah Kos Rendah dan Sederhana Rendah.
  • Kemudahan pembayaran sewaan Rumah PAKR secara atas talian

"Kediaman Selesa, Hidup Sejahtera"

Hakcipta Terpelihara © 2025
Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang
Tingkat 7 & 8, Menara Teruntum, Jalan Mahkota, 25000 Kuantan, Pahang
Tel : 095512777 / 095512888
Email : home[a]lphpahang.gov.my