Program Sentuhan Rakyat Makmur Daerah Temerloh 2025

  • Diterbitkan pada 29/05/2025
  • 28 klik

Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang (LPHP) telah menyertai Program Sentuhan Rakyat Makmur Peringkat Negeri Pahang bagi Daerah Temerloh yang berlangsung di Dewan Sri Lanchang, Lanchang, Temerloh. Penyertaan ini dibuat melalui reruai pameran bersama agensi dan jabatan kerajaan lain dalam usaha mendekati masyarakat setempat.

Program ini menjadi platform penting bagi LPHP untuk berkongsi maklumat secara terus kepada orang ramai mengenai pelbagai skim perumahan mampu milik yang ditawarkan di bawah inisiatif Kerajaan Negeri. Antara maklumat yang dikongsikan termasuk proses permohonan, syarat kelayakan, serta projek-projek perumahan yang sedang dan akan dilaksanakan di seluruh Pahang.

Pengunjung mendapatkan makluman dan penerangan berkaitan perumahan

LPHP komited untuk membantu lebih ramai rakyat Pahang memiliki kediaman sendiri. Melalui penyertaan dalam program seperti ini, LPHP bukan sahaja dapat menyampaikan maklumat dengan lebih berkesan, malah berpeluang menerima maklum balas secara langsung daripada penduduk tempatan bagi penambahbaikan masa hadapan. Terima kasih diucapkan kepada semua pengunjung yang telah singgah ke reruai LPHP dan berkongsi pandangan serta cadangan mereka.

 

Sistem Perumahan Awam Pahang

Satu pusat sehenti berkaitan perumahan yang menawarkan perkhidmatan berikut:
  • Senarai projek-projek perumahan mengikut daerah
  • Pendaftaran dan semakan permohonan perumahan di bawah Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Pahang, Projek Rumah Makmur, Projek Rumah Pahang, Projek Rumah Penjawat Awam Negeri Pahang (RPAP), Rumah Kos Rendah dan Sederhana Rendah.
  • Kemudahan pembayaran sewaan Rumah PAKR secara atas talian

"Kediaman Selesa, Hidup Sejahtera"

Hakcipta Terpelihara © 2025
Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang
Tingkat 7 & 8, Menara Teruntum, Jalan Mahkota, 25000 Kuantan, Pahang
Tel : 095512777 / 095512888
Email : home[a]lphpahang.gov.my