Taklimat Projek Rumah Pahang Di JPKK FELDA Sungai Retang, Jerantut

  • Diterbitkan pada 29/05/2025
  • 28 klik

Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang (LPHP) dengan kerjasama Agrobank telah mengadakan satu sesi taklimat berkenaan projek Rumah Pahang di FELDA Sungai Retang, Jerantut.

Taklimat yang berlangsung di Dewan JPKK FELDA Sungai Retang itu menjadi platform untuk menyampaikan informasi serta menjawab persoalan berkaitan proses, kelayakan, dan kemudahan pembiayaan yang ditawarkan.

Program ini bertujuan memberi kefahaman lebih mendalam kepada penduduk setempat mengenai projek sedia ada, sekaligus membantu mereka membuat perancangan memiliki rumah sendiri. Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan kepada LPHP di talian 09-551 2777 / 2888 atau hotline 019-900 4777.

 

Sistem Perumahan Awam Pahang

Satu pusat sehenti berkaitan perumahan yang menawarkan perkhidmatan berikut:
  • Senarai projek-projek perumahan mengikut daerah
  • Pendaftaran dan semakan permohonan perumahan di bawah Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Pahang, Projek Rumah Makmur, Projek Rumah Pahang, Projek Rumah Penjawat Awam Negeri Pahang (RPAP), Rumah Kos Rendah dan Sederhana Rendah.
  • Kemudahan pembayaran sewaan Rumah PAKR secara atas talian

"Kediaman Selesa, Hidup Sejahtera"

Hakcipta Terpelihara © 2025
Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang
Tingkat 7 & 8, Menara Teruntum, Jalan Mahkota, 25000 Kuantan, Pahang
Tel : 095512777 / 095512888
Email : home[a]lphpahang.gov.my