15 Penerima Dikurnia Rumah Ru'RASA dan Rumah Kurniaan YASA

  • Diterbitkan pada 21/04/2025
  • 21 klik

Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni AlMarhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan mengurniakan Rumah Rakyat Al-Sultan Abdullah (Ru'RASA) dan Rumah Kurniaan Yayasan Al-Sultan Abdullah (YASA) kepada 15 penerima.

 

Turut sama mengiringi ialah YAM Tengku Panglima Raja Brigedier Jeneral Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah dan isteri, YHM Che Puan Panglima Puteri Hajjah Suraiya Afzan binti Dato' Indera Haji Mohammed Moizz; YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilisha Ameera binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah; YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilyana Alia binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah serta YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Hadir sama ialah Mr. Ahmed Abdullah AlTakawi, Ketua Jabatan Perkhidmatan Sokongan & Hal Ehwal Konsular dan Mr. Idris Osman Ahmed, Pegawai Kanan Komunikasi & Diplomasi Awam Kedutaan UAE. Majlis pengurniaan kunci Rumah Ru'RASA dan Rumah Kurniaan YASA ini merupakan antara agenda di bawah Program Kembara Pahang 1.0 yang bermula hari ini dan akan berakhir pada 23 April nanti. Temerloh merupakan daerah kedua yang dikunjungi KDPB Sultan Pahang, KDPB Tengku Ampuan Pahang dan KDPM Tengku Mahkota Pahang selepas menyantuni rakyat jelata di 10 hentian bagi Daerah Maran. Selepas Temerloh, kembara diraja akan diteruskan ke Bera sebelum berakhir di Daerah Pekan.

 

Sistem Perumahan Awam Pahang

Satu pusat sehenti berkaitan perumahan yang menawarkan perkhidmatan berikut:
  • Senarai projek-projek perumahan mengikut daerah
  • Pendaftaran dan semakan permohonan perumahan di bawah Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Pahang, Projek Rumah Makmur, Projek Rumah Pahang, Projek Rumah Penjawat Awam Negeri Pahang (RPAP), Rumah Kos Rendah dan Sederhana Rendah.
  • Kemudahan pembayaran sewaan Rumah PAKR secara atas talian

"Kediaman Selesa, Hidup Sejahtera"

Hakcipta Terpelihara © 2025
Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang
Tingkat 7 & 8, Menara Teruntum, Jalan Mahkota, 25000 Kuantan, Pahang
Tel : 095512777 / 095512888
Email : home[a]lphpahang.gov.my