KDPB Sultan Pahang Titah Kepada Penerima Orang Asli Manfaat Ru'RASA Dengan Baik

  • Diterbitkan pada 29/04/2025
  • 22 klik

Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni AlMarhum Sultan Haji Ahmad Shah bertitah agar penerima Rumah Rakyat Al-Sultan Abdullah (Ru'RASA) khususnya masyarakat Orang Asli agar dapat memanfaatkan rumah tersebut sebaiknya.

 

Titah baginda, rumah Ru'RASA yang dilengkapi semua kelengkapan perabot itu diberikan kepada tiga penerima di Kampung Sungai Ruil, Cameron Highlands yang terlibat dalam tragedi banjir kilat dan tanah runtuh pada 7 Oktober 2024.

Baginda bertitah demikian pada Majlis Pengurniaan Kunci Rumah Al-Sultan Abdullah (Ru'RASA) Daerah Cameron Highlands.

 

Hadir sama ialah Dato'Indera Nazri bin Abu Bakar, YB. Setiausaha Kerajaan Pahang, YB. Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin bin Mohd Ariff, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang,  Ketua-Ketua Jabatan dan barisan kepimpinan Kerajaan Pahang.

Emiriah Arab Bersatu (UAE) pula diwakili Mr. Aamer Hasan Alteneiji, Ketua Jabatan Hal Ehwal Ekonomi dan Encik Idris Osman Ahmed, Pegawai Kanan Komunikasi & Diplomasi Awam.

Tiga penerima itu ialah Encik Airel Amirien bin Gani, Puan Norasma binti Gani dan Encik Johnny a/l Bahdawel yang semuanya berasal dari Kampung Sungai Ruil.

 

Sistem Perumahan Awam Pahang

Satu pusat sehenti berkaitan perumahan yang menawarkan perkhidmatan berikut:
  • Senarai projek-projek perumahan mengikut daerah
  • Pendaftaran dan semakan permohonan perumahan di bawah Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Pahang, Projek Rumah Makmur, Projek Rumah Pahang, Projek Rumah Penjawat Awam Negeri Pahang (RPAP), Rumah Kos Rendah dan Sederhana Rendah.
  • Kemudahan pembayaran sewaan Rumah PAKR secara atas talian

"Kediaman Selesa, Hidup Sejahtera"

Hakcipta Terpelihara © 2025
Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang
Tingkat 7 & 8, Menara Teruntum, Jalan Mahkota, 25000 Kuantan, Pahang
Tel : 095512777 / 095512888
Email : home[a]lphpahang.gov.my