Karnival Daerah Maran 2025 Perkukuh Kesejahteraan Komuniti

  • Diterbitkan pada 05/05/2025
  • 14 klik

Karnival Makmur Daerah Maran 2025 yang berlangsung selama dua hari bermula 3 Mei lalu merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Pahang dalam memperkukuh kesejahteraan komuniti setempat melalui pelaksanaan pelbagai bentuk program termasuklah kesihatan, perumahan dan kemasyarakatan.

Penganjuran karnival ini berjaya menarik penyertaan orang ramai khususnya penduduk setempat dari pelbagai peringkat umur. Majlis Perasmian Karnival ini telah disempurnakan oleh YB Dato’ Mohamad Nizar bin Dato’ Sri Mohamad Najib, Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perindustrian, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Pahang.

Turut hadir ialah barisan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Negeri, ketua-ketua jabatan serta pemimpin setempat.

 

Sistem Perumahan Awam Pahang

Satu pusat sehenti berkaitan perumahan yang menawarkan perkhidmatan berikut:
  • Senarai projek-projek perumahan mengikut daerah
  • Pendaftaran dan semakan permohonan perumahan di bawah Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Pahang, Projek Rumah Makmur, Projek Rumah Pahang, Projek Rumah Penjawat Awam Negeri Pahang (RPAP), Rumah Kos Rendah dan Sederhana Rendah.
  • Kemudahan pembayaran sewaan Rumah PAKR secara atas talian

"Kediaman Selesa, Hidup Sejahtera"

Hakcipta Terpelihara © 2025
Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang
Tingkat 7 & 8, Menara Teruntum, Jalan Mahkota, 25000 Kuantan, Pahang
Tel : 095512777 / 095512888
Email : home[a]lphpahang.gov.my