LPHP Menyertai SPARK 2024: Peluang Pelaburan dan Kerjasama Menanti

  • Diterbitkan pada 24/07/2024
  • 470 klik

Kuantan, 22 Julai 2024 – Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang (LPHP) bakal menyertai Selangor Investment Industrial Park Expo (SPARK) 2024 yang akan berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) pada 25 hingga 27 Julai 2024.

SPARK 2024 merupakan satu acara yang dinanti-nantikan kerana ia dapat memberi peluang kepada para pelabur dan pemaju dari seluruh negara untuk berbincang secara terus bersama LPHP tentang peluang pelaburan dan berkolaborasi.

Melalui penyertaan dalam SPARK 2024, LPHP berharap dapat menarik lebih ramai pelabur untuk bekerjasama dalam pelbagai projek pembangunan yang sedang, dan akan dijalankan. LPHP yakin bahawa kolaborasi bersama para pelabur dan pemaju, baik dari dalam negara mahupun antarabangsa, akan memberi impak positif yang besar terhadap pertumbuhan ekonomi serta merancakkan pembangunan hartanah di Pahang.

Untuk mengetahui perkembangan semasa mengenai penyertaan LPHP dalam SPARK 2024, sila ikuti kami di setiap platform media sosial.

 

Sistem Perumahan Awam Pahang

Satu pusat sehenti berkaitan perumahan yang menawarkan perkhidmatan berikut:
  • Senarai projek-projek perumahan mengikut daerah
  • Pendaftaran dan semakan permohonan perumahan di bawah Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Pahang, Projek Rumah Makmur, Projek Rumah Pahang, Projek Rumah Penjawat Awam Negeri Pahang (RPAP), Rumah Kos Rendah dan Sederhana Rendah.
  • Kemudahan pembayaran sewaan Rumah PAKR secara atas talian

"Kediaman Selesa, Hidup Sejahtera"

Hakcipta Terpelihara © 2025
Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang
Tingkat 7 & 8, Menara Teruntum, Jalan Mahkota, 25000 Kuantan, Pahang
Tel : 095512777 / 095512888
Email : home[a]lphpahang.gov.my