Hari Pelancaran Rumah Contoh Setingkat Pandan Perdana

  • Diterbitkan pada 11/01/2025
  • 124 klik

KUANTAN, 11 JANUARI 2025: Hari ini berlangsungnya Majlis Pelancaran Rumah Contoh Setingkat Pandan Perdana yang dirasmikan oleh YB Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin bin Mohd Ariff, EXCO Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang. 

Turut hadir ialah YH Dato’ Razihan bin Adzharuddin, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuantan, YH Dato’ Ir. Ts. Hafizah binti Zakaria, Pengarah Kerja Raya Negeri Pahang, dan YH Dato’ Ahmad Islanizam bin A. Halim, Ketua Pegawai Eksekutif LPHP, bersama dif kehormat lain.

Projek Pandan Perdana, bakal dibangunkan oleh Kumpulan Sinaran, melibatkan pembinaan 665 unit kediaman dan 33 unit kedai. Projek ini bukan sahaja akan menyediakan rumah berkualiti dan mampu milik untuk rakyat, tetapi turut menyokong aktiviti ekonomi setempat.

Seiring dengan Pelan Pembangunan Pahang 2050, projek ini menitikberatkan aspek pembangunan lestari dan teknologi hijau. Usaha ini mencerminkan komitmen Kerajaan Negeri Pahang untuk terus memperkasakan kesejahteraan rakyat, khususnya golongan B40 dan M40. Syabas diucapkan kepada semua pihak dalam menjayakan projek ini.

 

Sistem Perumahan Awam Pahang

Satu pusat sehenti berkaitan perumahan yang menawarkan perkhidmatan berikut:
  • Senarai projek-projek perumahan mengikut daerah
  • Pendaftaran dan semakan permohonan perumahan di bawah Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Pahang, Projek Rumah Makmur, Projek Rumah Pahang, Projek Rumah Penjawat Awam Negeri Pahang (RPAP), Rumah Kos Rendah dan Sederhana Rendah.
  • Kemudahan pembayaran sewaan Rumah PAKR secara atas talian

"Kediaman Selesa, Hidup Sejahtera"

Hakcipta Terpelihara © 2025
Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang
Tingkat 7 & 8, Menara Teruntum, Jalan Mahkota, 25000 Kuantan, Pahang
Tel : 095512777 / 095512888
Email : home[a]lphpahang.gov.my