Program Sentuhan Rakyat Makmur 2026 Peringkat Daerah Kuantan

  • Diterbitkan pada 17/04/2026
  • 04 klik

Lembaga Perumahan Dan Hartanah Pahang (LPHP) terlibat dalam program Ziarah Makmur sempena Program Sentuhan Rakyat Makmur Negeri Pahang Peringkat Daerah Kuantan yang diadakan di Dewan Permata Camar, Kampung Sri Chempaka.

LPHP diketuai oleh YH Dato’ Sr. Ahmad Islanizam bin A. Halim, Ketua Pegawai Eksekutif LPHP, telah menyantuni masyarakat daripada sembilan keluarga di Kampung Kempadang selain menyampaikan sumbangan bakul makanan dan bantuan di bawah inisiatif Kerajaan Negeri Pahang.

Program Ziarah Makmur ini bertujuan mendekatkan agensi Kerajaan bersama golongan B40, orang kurang upaya (OKU) dan warga emas.

 

Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Negeri Pahang dalam mendekati rakyat serta memastikan kebajikan golongan sasar terus diberi perhatian.

 

Sistem Perumahan Awam Pahang

Satu pusat sehenti berkaitan perumahan yang menawarkan perkhidmatan berikut:
  • Senarai projek-projek perumahan mengikut daerah
  • Pendaftaran dan semakan permohonan perumahan di bawah Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Pahang, Projek Rumah Makmur, Projek Rumah Pahang, Projek Rumah Penjawat Awam Negeri Pahang (RPAP), Rumah Kos Rendah dan Sederhana Rendah.
  • Kemudahan pembayaran sewaan Rumah PAKR secara atas talian

"Kediaman Selesa, Hidup Sejahtera"

Hakcipta Terpelihara © 2026
Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang
Tingkat 7 & 8, Menara Teruntum, Jalan Mahkota, 25000 Kuantan, Pahang
Tel : 095512777 / 095512888
Email : home[a]lphpahang.gov.my