Lawatan Tapak Rumah Rakyat Pahang (RRP) Di Sungai Paha, Muadzam Shah

Satu lawatan tapak bersempena Jelajah Aspirasi Pahang 1st telah diadakan bagi meninjau keadaan semasa serta meneliti beberapa isu teknikal di lokasi projek Rumah Rakyat Pahang (RRP) di Sungai Paha, Muadzam Shah.
Lawatan tapak oleh YB Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin bin Mohd Ariff, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang turut diiringi YH Dato’ Sr. Ahmad Islanizam bin A. Halim, Ketua Pegawai Eksekutif, Lembaga Perumahan Dan Hartanah Pahang (LPHP) serta pasukan teknikal berkaitan seperti Pejabat Daerah dan Tanah Rompin serta Majlis Daerah Rompin.

Lawatan berkenaan telah mngenalpasti permasalahan dan isu yang akan dipanjangkan kepada pihak berkaitan bagi memastikan setiap perkara yang dibangkitkan dapat diselesaikan dengan sewajarnya.

Agensi terlibat turut memberi fokus kepada penyelarasan tindakan susulan bagi memastikan segala keperluan teknikal dapat diselesaikan sebelum penyerahan kunci kepada penerima RRP.
LPHP akan terus melaksanakan pemantauan berterusan serta tindakan susulan yang bersesuaian bagi memastikan rumah bantuan berkenaan dapat diserahkan kepada penerima demi manfaat kepada rakyat.