Mesyuarat Penyelarasan Berkaitan Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) Taman Sri Kemuning, Temerloh

Satu mesyuarat penyelarasan telah diadakan bagi membincangkan perkara berkaitan Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) di Taman Sri Kemuning, Temerloh.

Mesyuarat ini bertujuan menyelaras perancangan serta menangani isu-isu berkaitan pelaksanaan dan pengurusan projek perumahan awam bagi memastikan kesejahteraan penghuni serta kelancaran pembangunan.
Mesyuarat dipengerusikan oleh YH Dato' Sr. Ahmad Islanizam bin A. Halim, Ketua Pegawai Eksekutif, Lembaga Perumahan Dan Hartanah Pahang (LPHP) dan turut disertai oleh YB Tuan Woo Chee Wan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mentakab.

Perbincangan turut memberi tumpuan kepada aspek teknikal, penyelarasan antara agensi terlibat serta langkah-langkah penambahbaikan yang bersesuaian selaras dengan keperluan semasa.