Mesyuarat Bersama Pihak Pembiaya Bagi Projek Di Bawah Skim Lembaga Perumahan Dan Hartanah Pahang (LPHP)

Satu mesyuarat telah diadakan bersama pihak pembiaya berkaitan projek perumahan di bawah skim Lembaga Perumahan Dan Hartanah Pahang (LPHP), melibatkan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) serta pembiaya-pembiaya lain yang berkaitan bagi membincangkan hala tuju dan penyelarasan komitmen antara pihak pembiaya dan para peserta.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh YH Dato’ Sr. Ahmad Islanizam bin A. Halim, Ketua Pegawai Eksekutif LPHP ini memfokuskan kepada aspek pengurusan kewangan serta komitmen ansuran bulanan peserta.
Inisiatif ini selaras usaha memastikan kelangsungan pelaksanaan projek perumahan agar dapat diteruskan secara teratur dan kebajikan pembeli terus terpelihara.

LPHP berharap usaha ini dapat terus memperkukuh hubungan kerjasama strategik antara semua pihak yang terlibat dalam menyokong pembangunan perumahan yang terancang, berdaya maju dan mampan di Negeri Pahang.