Majlis Penyerahan Kunci Rumah Rakyat Pahang (RRP) DUN Tras, Daerah Raub

Satu Majlis Penyerahan Kunci Rumah Rakyat Pahang (RRP) bagi DUN Tras di Daerah Raub telah diadakan melibatkan sebanyak tujuh (7) buah rumah dengan nilai keseluruhan RM539,000.
Kesemua penerima telah menerima kunci rumah masing-masing daripada YB Tuan Fadzli bin Mohamad Kamal, Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dong.

Setiap penerima menerima sebuah rumah bernilai RM75,000 serta turut menerima sumbangan barangan elektrik atau perabot rumah bernilai RM2,000 sebagai pelengkap keperluan asas kediaman.
Pelaksanaan program yang memasuki tahun kelima ini mencerminkan keprihatinan dan usaha berterusan Kerajaan Negeri Pahang dalam memastikan kebajikan rakyat terus terbela, khususnya dalam aspek pemilikan rumah yang berkualiti, selesa dan selamat didiami.
Semoga kediaman yang diserahkan ini membawa sinar baharu serta kehidupan yang lebih sejahtera dan harmoni kepada para penerima bersama keluarga.