Perjumpaan bersama Penduduk FELDA di Dewan Semai Bakti FELDA Melati Jengka 11

  • Diterbitkan pada 11/01/2025
  • 497 klik

MARAN, 11 JANUARI 2025: Satu sesi perjumpaan bersama Penduduk FELDA di Dewan Semai Bakti FELDA Melati Jengka 11.

Rumah Pahang merupakan inisiatif Projek Perumahan Generasi Baharu FELDA yang telah diambil alih oleh Kerajaan Negeri dan merupakan projek khas bagi generasi anak dan cucu peneroka FELDA.

Tujuan perjumpaan ini diadakan untuk memberi taklimat mengenai Rumah Pahang daripada pihak Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang. 

Di dalam masa yang sama, pihak Agrobank turut serta memberi taklimat dan membuka kaunter untuk semakan permohonan pinjaman (Pre Approval).

Selain itu, pihak peguam juga turut serta dalam program ini bagi sesi tanda tangan perjanjian jual beli bersama penerima Rumah Pahang.

 

Sistem Perumahan Awam Pahang

Satu pusat sehenti berkaitan perumahan yang menawarkan perkhidmatan berikut:
  • Senarai projek-projek perumahan mengikut daerah
  • Pendaftaran dan semakan permohonan perumahan di bawah Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Pahang, Projek Rumah Makmur, Projek Rumah Pahang, Projek Rumah Penjawat Awam Negeri Pahang (RPAP), Rumah Kos Rendah dan Sederhana Rendah.
  • Kemudahan pembayaran sewaan Rumah PAKR secara atas talian

"Kediaman Selesa, Hidup Sejahtera"

Hakcipta Terpelihara © 2025
Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang
Tingkat 7 & 8, Menara Teruntum, Jalan Mahkota, 25000 Kuantan, Pahang
Tel : 095512777 / 095512888
Email : home[a]lphpahang.gov.my