Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Lembaga Perumahan Dan Hartanah Pahang

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Lembaga Perumahan Dan Hartanah Pahang (LPHP) telah berlangsung dengan penuh meriah bertempat di BCIC Lodge, Kompleks Dagangan Mahkota, Kuantan.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran YAB Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail, Menteri Besar Pahang, yang sudi melapangkan masa bagi memenuhi jemputan.

Turut hadir ialah Dato’ Sri Haji Mohd Sharkar bin Haji Shamsuddin, YB. Speaker Dewan Negeri Pahang, Dato’ Sri Nazri Abu Bakar, YB. Setiausaha Kerajaan Pahang, YB. Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang dan barisan kepimpinan Kerajaan Negeri Pahang.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah bertungkus-lumus menjayakan majlis ini. Komitmen serta kerjasama yang diberikan amat dihargai dan menjadi cerminan semangat kebersamaan warga LPHP.
Terima kasih juga kepada semua tetamu jemputan yang hadir memeriahkan majlis. Kehadiran tuan-tuan dan puan-puan mencerminkan semangat perpaduan, kekeluargaan serta keindahan sambutan Aidilfitri yang sebenar.
Semoga ukhuwah yang terjalin ini terus diperkukuh dan menjadi asas kepada kesejahteraan serta kemakmuran bersama.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin.
Ikhlas daripada,
Warga Kerja LPHP