Mesyuarat Penyelarasan Pembangunan Di Bawah Skim Perumahan Negeri Bil. 06/2026

  • Diterbitkan pada 01/04/2026
  • 04 klik

Satu mesyuarat penyelarasan telah diadakan bagi membincangkan beberapa perkara berkaitan pembangunan di bawah Skim Perumahan Negeri Pahang. Mesyuarat ini memberi tumpuan kepada perbincangan isu-isu teknikal serta penyelarasan pelaksanaan bagi memastikan kelancaran pembangunan perumahan negeri yang sedang dan akan dilaksanakan.

Perbincangan tertumpu kepada aspek teknikal, penyelarasan antara agensi serta langkah-langkah penambahbaikan bagi memastikan pelaksanaan projek perumahan dapat dilaksanakan secara teratur, efisien dan mematuhi keperluan pembangunan yang ditetapkan.

LPHP kekal komited untuk memastikan setiap pembangunan perumahan negeri dilaksanakan secara bersepadu, tersusun dan mengikut keperluan yang telah ditetapkan. Usaha penyelarasan berterusan ini diharap dapat menyokong kelancaran pelaksanaan projek serta memberi manfaat jangka panjang kepada rakyat Negeri Pahang.

 

Sistem Perumahan Awam Pahang

Satu pusat sehenti berkaitan perumahan yang menawarkan perkhidmatan berikut:
  • Senarai projek-projek perumahan mengikut daerah
  • Pendaftaran dan semakan permohonan perumahan di bawah Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Pahang, Projek Rumah Makmur, Projek Rumah Pahang, Projek Rumah Penjawat Awam Negeri Pahang (RPAP), Rumah Kos Rendah dan Sederhana Rendah.
  • Kemudahan pembayaran sewaan Rumah PAKR secara atas talian

"Kediaman Selesa, Hidup Sejahtera"

Hakcipta Terpelihara © 2026
Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang
Tingkat 7 & 8, Menara Teruntum, Jalan Mahkota, 25000 Kuantan, Pahang
Tel : 095512777 / 095512888
Email : home[a]lphpahang.gov.my