Sesi Pemantauan Kecacatan Dan Kualiti Penyiapan Rumah

Lembaga Perumahan Dan Hartanah Pahang (LPHP) melalui pasukan berkaitan telah menjalankan Sesi Pemantauan Kecacatan dan Kualiti Penyiapan Rumah bersama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), pihak pemaju serta Majlis Perbandaran Bentong (MPB) di Kampung Lebu, Bentong.

Sesi pemantauan ini melibatkan pemeriksaan fizikal kediaman merangkumi aspek kualiti kerja, kekemasan, struktur serta perkembangan semasa projek perumahan bagi memastikan setiap unit rumah disiapkan mengikut spesifikasi, piawaian keselamatan dan keperluan yang ditetapkan.

Usaha ini dilaksanakan sebagai langkah berterusan LPHP dalam memastikan kualiti penyiapan rumah terjaga, seterusnya memberi keselesaan dan jaminan kepada bakal pemilik rumah.
LPHP komited untuk terus memantau dan bekerjasama dengan semua pihak berkaitan demi kepentingan dan kesejahteraan rakyat.