Mesyuarat Penyelarasan Cadangan Pembangunan Semula dan Membaik Pulih 186 Unit SPKR di Taman Jaya Diri, Mukim Chenor

  • Diterbitkan pada 18/03/2026
  • 05 klik

Satu mesyuarat penyelarasan telah diadakan bagi membincangkan cadangan pembangunan semula dan kerja-kerja membaik pulih Projek Skim Perumahan Kos Rendah (SPKR) yang melibatkan sebanyak 186 unit rumah di atas tanah kerajaan seluas 18 ekar, bertempat di Taman Jaya Diri, Mukim Chenor, Daerah Maran.

Mesyuarat ini dipengerusikan oleh YH Dato’ Sr. Ahmad Islanizam bin A. Halim, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Perumahan Dan Hartanah Pahang (LPHP), dan disertai oleh wakil-wakil berkaitan serta pasukan teknikal bagi meneliti cadangan, skop kerja dan hala tuju pelaksanaan projek.

 

Perbincangan ini bertujuan memastikan perancangan pembangunan semula dapat dilaksanakan secara teratur, berdaya maju serta memenuhi keperluan keselamatan dan keselesaan penduduk, selaras dengan komitmen LPHP dalam memperkukuh penyediaan perumahan yang berkualiti untuk rakyat Negeri Pahang.

 

Sistem Perumahan Awam Pahang

Satu pusat sehenti berkaitan perumahan yang menawarkan perkhidmatan berikut:
  • Senarai projek-projek perumahan mengikut daerah
  • Pendaftaran dan semakan permohonan perumahan di bawah Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Pahang, Projek Rumah Makmur, Projek Rumah Pahang, Projek Rumah Penjawat Awam Negeri Pahang (RPAP), Rumah Kos Rendah dan Sederhana Rendah.
  • Kemudahan pembayaran sewaan Rumah PAKR secara atas talian

"Kediaman Selesa, Hidup Sejahtera"

Hakcipta Terpelihara © 2026
Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang
Tingkat 7 & 8, Menara Teruntum, Jalan Mahkota, 25000 Kuantan, Pahang
Tel : 095512777 / 095512888
Email : home[a]lphpahang.gov.my