Mesyuarat Penyelarasan Di Bawah Skim Perumahan Negeri Pahang Bil. 05/2026

Satu mesyuarat telah diadakan bagi membincangkan pembangunan Skim Perumahan Negeri melibatkan daerah Kuantan dan Lipis bertujuan menyelaras perancangan awal projek merangkumi hala tuju pembangunan, kesesuaian skim perumahan negeri, serta potensi pembangunan yang mampan dan berdaya maju selari dengan keperluan perumahan rakyat.

Mesyuarat ini dipengerusikan oleh YH Dato’ Sr. Ahmad Islanizam bin A. Halim, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Perumahan Dan Hartanah Pahang (LPHP), bersama pegawai LPHP serta wakil agensi dan pasukan teknikal yang terlibat.

Perbincangan turut menumpukan kepada aspek teknikal, penyelarasan antara agensi berkaitan, perancangan infrastruktur asas serta pelaksanaan skim perumahan negeri bagi memastikan cadangan pembangunan ini dapat dilaksanakan secara teratur, bersepadu dan memberi manfaat jangka panjang kepada rakyat Negeri Pahang.