Majlis Penyerahan Kunci Rumah Rakyat Pahang (RRP) Fasa 5 DUN Batu Talam, Daerah Raub

  • Diterbitkan pada 16/03/2026
  • 05 klik

Satu Majlis Penyerahan Kunci Rumah Rakyat Pahang (RRP) Fasa 5 bagi DUN Batu Talam, Daerah Raub telah diadakan melibatkan empat buah rumah dengan nilai keseluruhan RM300,000 yang telah disempurnakan oleh YB Dato’ Haji Abdul Aziz bin Haji Mat Kiram, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Talam.

 

Setiap penerima menerima rumah bernilai RM75,000 selain turut diberikan barangan elektrik atau perabot rumah bernilai RM2,000.

Pelaksanaan program ini mencerminkan keprihatinan dan usaha berterusan Kerajaan Negeri dalam memastikan kebajikan rakyat terus terbela, khususnya dalam aspek pemilikan rumah yang berkualiti dan selesa didiami.

 

Semoga kediaman ini membawa sinar baharu serta kehidupan yang lebih selesa dan harmoni kepada para penerima bersama keluarga terutamanya ketika umat Islam sedang bergembira menyambut ketibaan Syawal tidak lama lagi.

 

Sistem Perumahan Awam Pahang

Satu pusat sehenti berkaitan perumahan yang menawarkan perkhidmatan berikut:
  • Senarai projek-projek perumahan mengikut daerah
  • Pendaftaran dan semakan permohonan perumahan di bawah Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Pahang, Projek Rumah Makmur, Projek Rumah Pahang, Projek Rumah Penjawat Awam Negeri Pahang (RPAP), Rumah Kos Rendah dan Sederhana Rendah.
  • Kemudahan pembayaran sewaan Rumah PAKR secara atas talian

"Kediaman Selesa, Hidup Sejahtera"

Hakcipta Terpelihara © 2026
Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang
Tingkat 7 & 8, Menara Teruntum, Jalan Mahkota, 25000 Kuantan, Pahang
Tel : 095512777 / 095512888
Email : home[a]lphpahang.gov.my