Majlis Penyerahan Rumah Rakyat Pahang (RRP) Dan Majlis Berbuka Puasa Bersama Menteri Besar Pahang Di Daerah Cameron Highlands

  • Diterbitkan pada 14/03/2026
  • 05 klik

Satu Majlis Penyerahan Rumah Rakyat Pahang (RRP) dan Majlis Berbuka Puasa bersama YAB Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail, Menteri Besar Pahang telah diadakan di Masjid Al Huda, Kampung Raja, Cameron Highlands.

 

Majlis penyerahan ini turut dihadiri YH Dato’ Sr. Ahmad Islanizam bin A. Halim, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Perumahan Dan Hartanah Pahang (LPHP).

Majlis ini melibatkan penyerahan sembilan buah rumah RRP kepada penerima yang layak dengan setiap unit rumah bernilai RM75,000 selain turut disertakan barangan elektrik atau perabot rumah bernilai RM2,000, menjadikan jumlah keseluruhan peruntukan RRP Fasa 5 bagi daerah Cameron Highlands sebanyak RM693,000.

 

Pelaksanaan program ini mencerminkan keprihatinan dan usaha berterusan Kerajaan Negeri dalam memastikan kebajikan rakyat terus terbela, khususnya dalam aspek pemilikan rumah yang berkualiti dan selesa didiami.

 

Semoga kediaman ini membawa sinar baharu serta kehidupan yang lebih selesa dan harmoni kepada para penerima bersama keluarga.

 

Sistem Perumahan Awam Pahang

Satu pusat sehenti berkaitan perumahan yang menawarkan perkhidmatan berikut:
  • Senarai projek-projek perumahan mengikut daerah
  • Pendaftaran dan semakan permohonan perumahan di bawah Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Pahang, Projek Rumah Makmur, Projek Rumah Pahang, Projek Rumah Penjawat Awam Negeri Pahang (RPAP), Rumah Kos Rendah dan Sederhana Rendah.
  • Kemudahan pembayaran sewaan Rumah PAKR secara atas talian

"Kediaman Selesa, Hidup Sejahtera"

Hakcipta Terpelihara © 2026
Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang
Tingkat 7 & 8, Menara Teruntum, Jalan Mahkota, 25000 Kuantan, Pahang
Tel : 095512777 / 095512888
Email : home[a]lphpahang.gov.my