Majlis Penyerahan Rumah Rakyat Pahang (RRP) Fas 5 Bagi Tahun 2024 DUN Guai, Daerah Bera

Satu Majlis Penyerahan Rumah Rakyat Pahang (RRP) Fasa 5 bagi Tahun 2024, DUN Guai, Daerah Bera telah diadakan dengan melibatkan lapan buah rumah dengan jumlah keseluruhan RM600,000.

Majlis penyerahan telah disempurnakan oleh YB Dato’ Sabariah binti Saidan, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Guai.
Majlis turut menyaksikan penyerahan replika kunci kepada para pemilik rumah sebagai simbolik penyerahan rasmi. Selain itu, Jabatan Pertanian Daerah Bera juga telah menyampaikan sumbangan anak pokok kepada para penerima.

Setiap penerima juga turut diberikan sumbangan barangan elektrik atau perabot bernilai RM2,000.
Pelaksanaan inisiatif ini mencerminkan keprihatinan dan usaha berterusan Kerajaan Negeri dalam memastikan kebajikan rakyat terus terbela, khususnya dalam aspek pemilikan rumah yang berkualiti dan selesa didiami.

Semoga rumah baharu ini membawa sinar bahagia serta kehidupan yang lebih selesa dan harmoni kepada penerima bersama keluarga masing-masing.