Majlis Penyerahan Rumah Rakyat Pahang (RRP) Fasa 5 Bagi DUN Dong, Daerah Raub

Satu Majlis Penyerahan Rumah Rakyat Pahang (RRP) Fasa 5 bagi DUN Dong, Daerah Raub telah diadakan melibatkan lima buah rumah kepada penerima yang layak.
Setiap unit rumah bernilai RM75,000 selain barangan elektrik atau perabot rumah yang bernilai RM2,000 sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan RRP Fasa 5 DUN Dong sebanyak RM385,000.

Majlis penyerahan ini telah disempurnakan oleh YB Tuan Fadzli bin Mohamad Kamal, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dong.
Pelaksanaan program ini mencerminkan keprihatinan dan usaha berterusan Kerajaan Negeri dalam memastikan kebajikan rakyat terus terbela, khususnya dalam aspek pemilikan rumah yang berkualiti dan selesa didiami.
Semoga kediaman ini membawa sinar baharu serta kehidupan yang lebih selesa dan harmoni kepada para penerima bersama keluarga.