Mesyuarat Cadangan Tapak Skim Tanah Warisan (STW) Permatang Buah Keras, Mukim Bebar, Daerah Pekan

Satu mesyuarat penyelarasan telah diadakan bagi membincangkan cadangan tapak Skim Tanah Warisan (STW) Pahang, iaitu inisiatif Kerajaan Negeri bagi membantu rakyat memiliki tapak kediaman sendiri yang dilengkapi infrastruktur asas.

Mesyuarat ini dipengerusikan oleh YH Dato’ Sr. Ahmad Islanizam bin A. Halim, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang (LPHP), dengan memfokuskan penyelarasan pelaksanaan projek-projek perumahan di Permatang Buah Keras, Pekan.

Skim ini selaras usaha Kerajaan Negeri Pahang untuk memperluas akses pemilikan tanah kepada rakyat selain mencerminkan komitmen kerajaan dalam menyediakan persekitaran kediaman yang selamat, terancang dan mampan untuk generasi masa hadapan.