Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Pemantauan dan Pemulihan Projek LPHP Bil. 2/2026

Satu mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan telah diadakan bagi membincangkan status pelaksanaan serta langkah pemantauan dan pengukuhan pengurusan projek-projek perumahan di Negeri Pahang.

Mesyuarat ini dipengerusikan oleh YB Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin bin Mohd Ariff, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang.
Mesyuarat turut dihadiri YH Dato’ Sr. Ahmad Islanizam bin A. Halim, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Perumahan Dan Hartanah Pahang (LPHP).

Perbincangan tertumpu kepada penyelarasan tindakan antara agensi berkaitan, penilaian kemajuan semasa serta pengukuhan pelaksanaan kerja-kerja projek bagi memastikan pelaksanaan projek dapat diteruskan secara teratur dan berfasa.
LPHP akan terus melaksanakan pemantauan berterusan serta tindakan susulan yang bersesuaian bagi memastikan setiap projek perumahan dapat dilaksanakan mengikut perancangan, seterusnya memberi manfaat kepada rakyat Negeri Pahang.