Mesyuarat Penyelarasan Projek Cadangan Pangsapuri Pahangku Di Daerah Bentong

  • Diterbitkan pada 11/03/2026
  • 04 klik

Satu Mesyuarat Penyelarasan Projek Cadangan Pangsapuri Pahangku di Daerah Bentong telah diadakan bagi membincangkan perancangan awal serta penyelarasan pelaksanaan projek berkenaan.

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YB Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin bin Mohd Ariff, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang. Turut hadir ialah YH Dato’ Sr. Ahmad Islanizam bin A. Halim, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang (LPHP), bersama pegawai-pegawai LPHP serta wakil daripada agensi dan jabatan berkaitan.

Taklimat yang dibentangkan memberi fokus kepada cadangan pembangunan Projek Pangsapuri Pahangku di Daerah Bentong, termasuk peranan dan usaha agensi teknikal dalam menyokong pelaksanaan projek agar dapat dilaksanakan secara terancang dan bersepadu.

 

Mesyuarat ini menjadi platform penting bagi menyelaras pandangan serta memastikan setiap aspek perancangan projek diberi perhatian sebelum langkah seterusnya diambil demi kepentingan rakyat Negeri Pahang.

 

Sistem Perumahan Awam Pahang

Satu pusat sehenti berkaitan perumahan yang menawarkan perkhidmatan berikut:
  • Senarai projek-projek perumahan mengikut daerah
  • Pendaftaran dan semakan permohonan perumahan di bawah Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Pahang, Projek Rumah Makmur, Projek Rumah Pahang, Projek Rumah Penjawat Awam Negeri Pahang (RPAP), Rumah Kos Rendah dan Sederhana Rendah.
  • Kemudahan pembayaran sewaan Rumah PAKR secara atas talian

"Kediaman Selesa, Hidup Sejahtera"

Hakcipta Terpelihara © 2026
Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang
Tingkat 7 & 8, Menara Teruntum, Jalan Mahkota, 25000 Kuantan, Pahang
Tel : 095512777 / 095512888
Email : home[a]lphpahang.gov.my