Kunjungan Hormat Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang (LPHP) Ke Pejabat Pengarah MARDI, Balok

Satu kunjungan hormat telah diadakan di Pejabat Pengarah Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Balok. Melibatkan Lembaga Perumahan Dan Hartanah Pahang (LPHP).
LPHP diketuai oleh YH Dato’ Sr. Ahmad Islanizam bin A. Halim, Ketua Pegawai Eksekutif LPHP, dan telah bertemu dengan YBrs. Ir. Zainuddin Zakaria @ Zahari, Pengarah MARDI Negeri Pahang.

Kunjungan hormat ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan hubungan dua hala antara LPHP dan MARDI Pahang, sekali gus membuka ruang perbincangan berhubung potensi kerjasama strategik yang boleh diteroka bersama pada masa hadapan.

LPHP komited untuk terus memperluas jaringan kerjasama dengan pelbagai agensi dan institusi berkaitan demi menyokong pelaksanaan inisiatif pembangunan dan kesejahteraan rakyat Negeri Pahang.