Program Bicara Ramadan 1447H/2026 Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang

  • Diterbitkan pada 10/03/2026
  • 04 klik

Lembaga Perumahan Dan Hartanah Pahang (LPHP) telah menganjurkan Program Bicara Ramadan 1447H/2026 sebagai salah satu inisiatif pengisian rohani kepada warga kerja LPHP sepanjang bulan Ramadan yang mulia ini.

 

Program ini menampilkan penceramah jemputan, PU Lokman Naufal, dengan kupasan bertajuk “10 Hari Terakhir Ramadan: Mengimbangi Kerjaya dan Ibadah”, yang memberi penekanan kepada kepentingan keseimbangan antara tuntutan kerja dan penghayatan ibadah dalam fasa akhir Ramadan.

Tujuan program ini untuk memberi pengisian rohani serta meningkatkan penghayatan ibadah dalam kalangan warga kerja LPHP. Sehubungan itu, kehadiran dan penglibatan semua pihak amat dihargai bagi memastikan objektif penganjuran program ini tercapai serta memberi manfaat kepada semua.

 

Inisiatif ini dilaksanakan oleh Seksyen Kewangan & Pengurusan Modal Insan dengan sokongan penuh pengurusan LPHP. Bersesuaian dengan tema yang diketengahkan, semoga program ini menjadi asbab kepada peningkatan keimanan dan ketakwaan, serta moga kita semua beroleh keberkatan Ramadan dan dipertemukan dengan Malam Al-Qadr.

 

Sistem Perumahan Awam Pahang

Satu pusat sehenti berkaitan perumahan yang menawarkan perkhidmatan berikut:
  • Senarai projek-projek perumahan mengikut daerah
  • Pendaftaran dan semakan permohonan perumahan di bawah Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Pahang, Projek Rumah Makmur, Projek Rumah Pahang, Projek Rumah Penjawat Awam Negeri Pahang (RPAP), Rumah Kos Rendah dan Sederhana Rendah.
  • Kemudahan pembayaran sewaan Rumah PAKR secara atas talian

"Kediaman Selesa, Hidup Sejahtera"

Hakcipta Terpelihara © 2026
Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang
Tingkat 7 & 8, Menara Teruntum, Jalan Mahkota, 25000 Kuantan, Pahang
Tel : 095512777 / 095512888
Email : home[a]lphpahang.gov.my