Majlis Perasmian dan Pemashuran Nama Masjid Tengku Hajjah Aisyah Mandak serta Sambutan Nuzul al-Quran 1447H/2026M di Pulau Serai, Pekan

Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan menyempurnakan Majlis Tadarus Al-Quran dan Khatam Perdana Sempena Sambutan Nuzul Al-Quran, yang turut disusuli dengan bacaan Yasin dan tahlil buat ayahanda Baginda Tuanku, Al-Marhum Sultan Ahmad Shah serta menyempurnakan Majlis Perasmian dan Pemasyhuran Nama Masjid Tengku Hajjah Aisyah Mandak di Pulau Serai, Pekan.
Baginda turut diiringi Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah serta Yang Amat Mulia Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah.

Hadir sama ialah YAB Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail, Menteri Besar Pahang, YB Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin bin Mohd Ariff, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang bersama barisan kepimpinan negeri serta dif-dif jemputan.

Keberangkatan Paduka Baginda Tuanku mencerminkan keprihatinan dan sokongan berterusan dalam memartabatkan syiar Islam serta memperkukuh peranan masjid sebagai pusat penyatuan dan pembangunan ummah.
Semoga Allah SWT sentiasa mengurniakan keafiatan berpanjangan serta melimpahkan rahmat dan keberkatan kepada Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku dalam terus memayungi Negeri Pahang Darul Makmur dengan penuh kebijaksanaan dan kesejahteraan.
Daulat Tuanku.