Sesi Taklimat Berkaitan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Pahang, Kampung Lebu Daerah Bentong

  • Diterbitkan pada 04/03/2026
  • 04 klik

Lembaga Perumahan Dan Hartanah Pahang (LPHP) telah menganjurkan Sesi Taklimat Berkaitan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Pahang, Kampung Lebu Daerah Bentong bersama wakil-wakil pembeli sebagai usaha berterusan bagi menangani isu yang dibangkitkan secara telus dan berfokus kepada kepentingan rakyat.

 

Majlis ini dihadiri oleh YB Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin bin Mohd Ariff, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang.

Lawatan tapak ke kawasan perumahan turut diadakan bersama bagi meninjau keadaan semasa projek dan mendapatkan gambaran yang lebih jelas berhubung perkembangan serta isu-isu yang dibangkitkan oleh pembeli.

 

Taklimat telah disampaikan oleh YH Dato’ Sr. Ahmad Islanizam bin A. Halim, Ketua Pegawai Eksekutif LPHP kepada pembeli-pembeli Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Pahang, Kampung Lebu.

 

Taklimat ini memberi penjelasan menyeluruh berhubung isu semasa projek, langkah-langkah susulan serta gerak kerja yang sedang dan akan dilaksanakan oleh LPHP dengan sokongan Kerajaan Negeri Pahang.

Sesi soal jawab turut diadakan bagi memberi ruang kepada wakil pembeli menyuarakan pandangan dan mendapatkan penjelasan secara langsung, sekali gus membantu menyelesaikan kekeliruan serta memperkukuh kefahaman semua pihak.

 

Sebelum ini, YAB Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail, Menteri Besar Pahang menegaskan bahawa tiada kompromi terhadap sebarang isu yang menjejaskan kepentingan rakyat dan tindakan tegas akan diambil mengikut peruntukan yang sewajarnya.

 

Sehubungan itu, LPHP sentiasa menitikberatkan suara pemohon dan pembeli serta bertindak secara bertanggungjawab dan telus demi memastikan kebajikan rakyat Pahang terus terpelihara.

 

Sistem Perumahan Awam Pahang

Satu pusat sehenti berkaitan perumahan yang menawarkan perkhidmatan berikut:
  • Senarai projek-projek perumahan mengikut daerah
  • Pendaftaran dan semakan permohonan perumahan di bawah Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Pahang, Projek Rumah Makmur, Projek Rumah Pahang, Projek Rumah Penjawat Awam Negeri Pahang (RPAP), Rumah Kos Rendah dan Sederhana Rendah.
  • Kemudahan pembayaran sewaan Rumah PAKR secara atas talian

"Kediaman Selesa, Hidup Sejahtera"

Hakcipta Terpelihara © 2026
Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang
Tingkat 7 & 8, Menara Teruntum, Jalan Mahkota, 25000 Kuantan, Pahang
Tel : 095512777 / 095512888
Email : home[a]lphpahang.gov.my