Sesi Penyerahan Surat Tawaran Dan Cabutan Undi Lot PRR Chendor, Mukim Sungai Karang

  • Diterbitkan pada 04/03/2026
  • 05 klik

Sesi Penyerahan Surat Tawaran dan Cabutan Undi Lot Program Residensi Rakyat (PRR) Chendor telah diadakan pada 3 Mac 2026 melibatkan 96 penerima yang layak bagi projek perumahan mampu milik di kawasan itu.

Majlis ini turut diserikan oleh kehadiran Dato’ Indera Haji Mustapha Kamal bin Ab. Hamid, Penyelaras DUN Beserah atas sokongan dan komitmen beliau dalam memastikan kelancaran pelaksanaan projek sehingga surat tawaran berjaya diserahkan, bersama Puan Norzana binti Mohamed Noordin, Pengurus Undang-Undang LPHP, serta para jemputan termasuk wakil Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), jabatan dan agensi berkaitan, institusi kewangan, firma guaman serta para penerima yang hadir memeriahkan dan menjayakan majlis tersebut.

Projek PRR Chendor melibatkan pembinaan 100 unit rumah teres satu tingkat yang ditawarkan pada harga RM45,000 seunit. Setiap rumah dilengkapi 3 bilik tidur, 2 bilik air, ruang tamu dan dapur, direka bagi menyediakan kediaman yang selesa dan sesuai untuk keperluan sebuah keluarga.

Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Negeri Pahang dan Lembaga Perumahan Dan Hartanah Pahang (LPHP) dalam menyediakan kediaman mampu dimiliki demi kesejahteraan rakyat serta memberi peluang kepada lebih ramai keluarga untuk memiliki rumah sendiri.

 

Tahniah diucapkan kepada semua penerima surat tawaran. Semoga kediaman ini menjadi asas kepada kehidupan yang lebih sejahtera dan harmoni bersama keluarga.

 

Sistem Perumahan Awam Pahang

Satu pusat sehenti berkaitan perumahan yang menawarkan perkhidmatan berikut:
  • Senarai projek-projek perumahan mengikut daerah
  • Pendaftaran dan semakan permohonan perumahan di bawah Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Pahang, Projek Rumah Makmur, Projek Rumah Pahang, Projek Rumah Penjawat Awam Negeri Pahang (RPAP), Rumah Kos Rendah dan Sederhana Rendah.
  • Kemudahan pembayaran sewaan Rumah PAKR secara atas talian

"Kediaman Selesa, Hidup Sejahtera"

Hakcipta Terpelihara © 2026
Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang
Tingkat 7 & 8, Menara Teruntum, Jalan Mahkota, 25000 Kuantan, Pahang
Tel : 095512777 / 095512888
Email : home[a]lphpahang.gov.my