Kursus Asas Pendtadbiran Dan Pengurusan Tanah

Lembaga Perumahan Dan Hartanah Pahang (LPHP) telah menganjurkan Kursus Asas Pentadbiran dan Pengurusan Tanah yang melibatkan penyertaan kakitangan LPHP. Kursus ini merupakan inisiatif Seksyen Kewangan & Pengurusan Modal Insan dengan sokongan pengurusan LPHP.
Kursus ini dianjurkan sebagai inisiatif pembangunan kompetensi dalaman bagi memperkukuh kefahaman kakitangan terhadap aspek asas pentadbiran dan pengurusan tanah yang berkait rapat dengan pelaksanaan tugas serta pengurusan projek.

Diharapkan penganjuran kursus ini dapat memberi manfaat berterusan kepada para peserta dalam meningkatkan kefahaman, kemahiran serta keyakinan ketika mengendalikan urusan pentadbiran dan pengurusan tanah, seterusnya menyokong pelaksanaan tugas yang lebih cekap, berintegriti dan selaras dengan keperluan organisasi.
LPHP merakamkan penghargaan atas kehadiran dan penglibatan semua kakitangan dalam menjayakan kursus ini demi mencapai objektif pengajuran serta memberi manfaat bersama.