Lawatan Pemantauan Projek Sungai Retang, Jengka 1 & Jengka 11

Lembaga Perumahan Dan Hartanah Pahang telah mengadakan lawatan pemantauan ke tapak projek perumahan di Sungai Retang, Jengka 1 dan Jengka 11 sebagai usaha berterusan bagi mendapatkan gambaran sebenar di lapangan serta memastikan perkembangan projek sentiasa dipantau secara berfokus.
Lawatan tersebut diketuai oleh YH Dato’ Sr. Ahmad Islanizam bin A. Halim, Ketua Pegawai Eksekutif LPHP, bersama pasukan teknikal bagi menilai kemajuan semasa dan menyelaras tindakan susulan yang bersesuaian.

LPHP kekal komited untuk melaksanakan pemantauan berterusan dan mengambil langkah-langkah sewajarnya demi menjaga kepentingan serta kebajikan para pembeli dan pemohon perumahan di Negeri Pahang.