Tuanku Sultan Berkenan Bercemar Duli Berangkat Menziarahi Mangsaa Kebakaran Di Felda Kampung Sertik, Bentong

  • Diterbitkan pada 09/01/2026
  • 106 klik

Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni AlMarhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan bercemar duli berangkat menziarahi seorang mangsa kebakaran rumah, Puan Rahimah binti Omar, 77, di FELDA Kampung Sertik, Bentong.

 

Dalam kejadian kebakaran yang berlaku pada 7 Januari lalu, api dilaporkan marak dengan pantas ketika mangsa berada di dapur sehingga mengakibatkan sekitar 90 peratus rumah musnah, termasuk sebuah kenderaan.

Keberangkatan Paduka Baginda diiringi Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

 

Majlis turut dihadiri YAB Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail, Menteri Besar Pahang; Dato’ Sri Nazri bin Abu Bakar, YB Setiausaha Kerajaan Pahang; Dato’ Sri Haji Mohd Sharkar bin Shamsuddin, Speaker Dewan Negeri Pahang; barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri; YBhg. Tuan Yang Terutama Ahmed Sari Almazrouei, Setiausaha Agung Emirates Red Crescent; YBhg. Tuan Yang Terutama Dr. Mubarak Saeed Aldhaheri, Duta Emiriah Arab Bersatu (UAE) ke Malaysia; serta delegasi Emirates Red Crescent (ERC) dan YH. Dato’ Ahmad Islanizam bin A. Halim, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang (LPHP).

Paduka Baginda turut berkenan mengurniakan bantuan kepada mangsa serta menitahkan agar agensi berkaitan mengambil langkah sewajarnya bagi membantu meringankan beban yang ditanggung mangsa.

 

Keprihatinan Paduka Baginda ini mencerminkan kasih seorang Raja yang sentiasa dekat di hati rakyat, di saat diuji dengan musibah.

 

Sistem Perumahan Awam Pahang

Satu pusat sehenti berkaitan perumahan yang menawarkan perkhidmatan berikut:
  • Senarai projek-projek perumahan mengikut daerah
  • Pendaftaran dan semakan permohonan perumahan di bawah Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Pahang, Projek Rumah Makmur, Projek Rumah Pahang, Projek Rumah Penjawat Awam Negeri Pahang (RPAP), Rumah Kos Rendah dan Sederhana Rendah.
  • Kemudahan pembayaran sewaan Rumah PAKR secara atas talian

"Kediaman Selesa, Hidup Sejahtera"

Hakcipta Terpelihara © 2026
Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang
Tingkat 7 & 8, Menara Teruntum, Jalan Mahkota, 25000 Kuantan, Pahang
Tel : 095512777 / 095512888
Email : home[a]lphpahang.gov.my