Majlis Pengurniaan Rumah Bantuan Mangsa Banjir ERC & Ru'RASA Di Bentong

  • Diterbitkan pada 09/01/2026
  • 109 klik

Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni AlMarhum Sultan Haji Ahmad Shah, hari ini berkenan bercemar duli berangkat menyempurnakan Majlis Pengurniaan Rumah Bantuan Mangsa Banjir Emirates Red Crescent (ERC) & Rumah Rakyat Al-Sultan Abdullah (Ru’RASA) bagi daerah Bentong yang telah diadakan di Kampung Perdak, Bentong.

 

Keberangkatan Paduka Baginda diiringi Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Majlis turut dihadiri YAB Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail, Menteri Besar Pahang; Dato’ Sri Nazri bin Abu Bakar, YB Setiausaha Kerajaan Pahang; Dato' Sri Haji Mohd Sharkar bin Shamsuddin, Speaker Dewan Negeri Pahang, barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri; YBhg Tuan Yang Terutama Ahmed Sari Almazrouei, Setiausaha Agung Emirates Red Crescent; YBhg Tuan Yang Terutama Dr. Mubarak Saeed Aldhaheri, Duta Emiriah Arab Bersatu (UAE) ke Malaysia; serta delegasi Emirates Red Crescent (ERC) dan YH. Dato' Ahmad Islanizam bin A. Halim, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Perumahan Dan Hartanah Pahang (LPHP).

Sebanyak 121 unit rumah bantuan mangsa banjir ERC bernilai keseluruhan RM12.2 juta, termasuk pembelian perabot, telah dibina di tujuh daerah iaitu Bentong, Jerantut, Lipis, Maran, Pekan, Raub dan Temerloh.

 

Bagi daerah Bentong, penyerahan kunci hari ini melibatkan 28 penerima ERC dan 4 penerima Ru’RASA.

 

Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Negeri Pahang bersama rakan strategik antarabangsa dalam memastikan kebajikan rakyat terus terbela serta menyediakan kediaman yang selesa dan selamat buat mangsa bencana.

 

Sistem Perumahan Awam Pahang

Satu pusat sehenti berkaitan perumahan yang menawarkan perkhidmatan berikut:
  • Senarai projek-projek perumahan mengikut daerah
  • Pendaftaran dan semakan permohonan perumahan di bawah Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Pahang, Projek Rumah Makmur, Projek Rumah Pahang, Projek Rumah Penjawat Awam Negeri Pahang (RPAP), Rumah Kos Rendah dan Sederhana Rendah.
  • Kemudahan pembayaran sewaan Rumah PAKR secara atas talian

"Kediaman Selesa, Hidup Sejahtera"

Hakcipta Terpelihara © 2026
Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang
Tingkat 7 & 8, Menara Teruntum, Jalan Mahkota, 25000 Kuantan, Pahang
Tel : 095512777 / 095512888
Email : home[a]lphpahang.gov.my