Sesi Penyerahan Surat Tawaran Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Pahang

  • Diterbitkan pada 09/01/2026
  • 89 klik

Hari ini telah berlangsung Sesi Penyerahan Surat Tawaran bagi Projek Perumahan 1Malaysia (PR1MA) Pahang Kuala Lanar, Daerah Lipis.

 

Sesi penyerahan tersebut telah disaksikan oleh Encik Khairul Nizam bin Dato’ Abu Dahari, Penyelaras DUN Cheka, melibatkan penyerahan surat tawaran daripada Lembaga Perumahan Dan Hartanah Pahang (LPHP) kepada para penerima yang berjaya.

 

PR1MA Pahang merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Pahang bagi menyediakan kediaman mampu milik yang berkualiti, selesa dan selamat, khususnya untuk golongan berpendapatan sederhana, sejajar dengan keperluan semasa dan pembangunan berterusan negeri.

 

Program ini mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Negeri Pahang dalam memastikan akses kepada perumahan yang mampan demi kesejahteraan dan kelangsungan hidup rakyat.

 

Sistem Perumahan Awam Pahang

Satu pusat sehenti berkaitan perumahan yang menawarkan perkhidmatan berikut:
  • Senarai projek-projek perumahan mengikut daerah
  • Pendaftaran dan semakan permohonan perumahan di bawah Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Pahang, Projek Rumah Makmur, Projek Rumah Pahang, Projek Rumah Penjawat Awam Negeri Pahang (RPAP), Rumah Kos Rendah dan Sederhana Rendah.
  • Kemudahan pembayaran sewaan Rumah PAKR secara atas talian

"Kediaman Selesa, Hidup Sejahtera"

Hakcipta Terpelihara © 2026
Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang
Tingkat 7 & 8, Menara Teruntum, Jalan Mahkota, 25000 Kuantan, Pahang
Tel : 095512777 / 095512888
Email : home[a]lphpahang.gov.my