Perbincangan Bagi Projek PR1MA Pahang Dan Projek Rumah Makmur Pahang Di Kawasan Dun Jengka

  • Diterbitkan pada 08/01/2026
  • 87 klik

Satu sesi perbincangan telah diadakan berhubung Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Pahang serta Projek Rumah Makmur Pahang yang dirancang di kawasan DUN Jengka, bersama YH Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said, Penyelaras DUN Jengka. 

Perbincangan ini memberi tumpuan kepada perancangan, pelaksanaan serta penyelarasan projek perumahan yang bertujuan menyediakan kediaman yang selesa, mampu milik dan berkualiti kepada rakyat, khususnya di kawasan DUN Jengka. Selain itu, perbincangan turut menekankan aspek kebajikan rakyat, kelancaran proses pembangunan serta kerjasama strategik antara agensi-agensi berkaitan.

Diharapkan agar hasil perbincangan dan usaha berterusan ini dapat memperkukuh hubungan kerjasama antara pihak kerajaan dan agensi pelaksana, seterusnya mempercepatkan pelaksanaan projek perumahan yang dirancang. Semoga segala inisiatif ini dapat memberikan manfaat yang berterusan serta meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat Pahang secara keseluruhannya.

 

Sistem Perumahan Awam Pahang

Satu pusat sehenti berkaitan perumahan yang menawarkan perkhidmatan berikut:
  • Senarai projek-projek perumahan mengikut daerah
  • Pendaftaran dan semakan permohonan perumahan di bawah Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Pahang, Projek Rumah Makmur, Projek Rumah Pahang, Projek Rumah Penjawat Awam Negeri Pahang (RPAP), Rumah Kos Rendah dan Sederhana Rendah.
  • Kemudahan pembayaran sewaan Rumah PAKR secara atas talian

"Kediaman Selesa, Hidup Sejahtera"

Hakcipta Terpelihara © 2026
Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang
Tingkat 7 & 8, Menara Teruntum, Jalan Mahkota, 25000 Kuantan, Pahang
Tel : 095512777 / 095512888
Email : home[a]lphpahang.gov.my