Sesi Penyerahan Kunci Rumah Rakyat Pahang (RRP) Fasa 5 Daerah Pekan Bagi Parlimen Pekan

Alhamdulillah, seorang penerima di Parlimen Pekan telah menerima kunci Rumah Rakyat Pahang (RRP) di bawah pelaksanaan Fasa 5 bagi Daerah Pekan.
Projek ini melibatkan pembinaan sebuah unit RRP dengan kos keseluruhan sebanyak RM75,000, yang dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Pahang.

Sesi Penyerahan Kunci RRP Fasa 5 ini telah berlangsung dengan jayanya dan disempurnakan oleh wakil YB Ahli Parlimen Pekan, dengan diiringi wakil agensi Kerajaan Negeri serta Penghulu Kampung.
Penyerahan ini merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan Kerajaan Negeri Pahang dalam menyediakan kediaman yang selesa, selamat dan berdaya huni kepada rakyat yang layak, demi menjamin kualiti hidup yang lebih baik bersama keluarga.