Sesi Penyerahan Surat Tawaran Projek Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR)

  • Diterbitkan pada 07/01/2026
  • 90 klik

Telah berlangsung Sesi Penyerahan Surat Tawaran bagi Projek Perumahan Awam Kos Rendah Kerajaan (PAKR) Tanah Putih Baru I, Daerah Kuantan yang telah disempurnakan oleh YH. Dato’ Sri Hj. Ab Hamid bin Mohd Nazahar, Penyelaras DUN Tanjung Lumpur.

 

Dalam sesi ini, sebuah keluarga telah menerima Surat Tawaran Projek PAKR sebagai langkah awal ke arah memiliki kediaman yang selesa dan selamat.

Sesi ini merupakan salah satu inisiatif berterusan Kerajaan Negeri Pahang dalam menyediakan perumahan mampu milik yang berkualiti, selesa dan selamat bagi memenuhi keperluan rakyat, khususnya golongan berpendapatan rendah.

 

Turut hadir ialah YH. Dato’ Ahmad Islanizam bin A. Halim, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Perumahan Dan Hartanah Pahang (LPHP) bersama barisan pegawai LPHP.

 

Sistem Perumahan Awam Pahang

Satu pusat sehenti berkaitan perumahan yang menawarkan perkhidmatan berikut:
  • Senarai projek-projek perumahan mengikut daerah
  • Pendaftaran dan semakan permohonan perumahan di bawah Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Pahang, Projek Rumah Makmur, Projek Rumah Pahang, Projek Rumah Penjawat Awam Negeri Pahang (RPAP), Rumah Kos Rendah dan Sederhana Rendah.
  • Kemudahan pembayaran sewaan Rumah PAKR secara atas talian

"Kediaman Selesa, Hidup Sejahtera"

Hakcipta Terpelihara © 2026
Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang
Tingkat 7 & 8, Menara Teruntum, Jalan Mahkota, 25000 Kuantan, Pahang
Tel : 095512777 / 095512888
Email : home[a]lphpahang.gov.my