4 Penerima RRP Bernilai RM300,000 Bagi DUN Bebar, Pekan

Seramai empat penerima Rumah Rakyat Pahang (RRP) menerima kunci rumah masing-masing dengan nilai keseluruhan RM300,000 pada Majlis Penyerahan Kunci Rumah Rakyat Pahang (RRP) Fasa 5, Daerah Pekan bagi Kawasan Dewan Negeri Bebar.

Majlis itu telah disempurnakan oleh YB Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin bin Mohd Ariff, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang.
Turut hadir ialah YH Dato’ Ahmad Islanizam bin A. Halim, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Perumahan Dan Hartanah Pahang (LPHP) bersama wakil jabatan dan pemimpin setempat.

Semoga kehadiran tahun baharu ini membawa kesejahteraan dan kegembiraan kepada semua penerima RRP.