85 Terima Surat Tawaran PRR Pulau Manis

  • Diterbitkan pada 30/12/2025
  • 143 klik

Seramai 85 penerima telah menerima surat tawaran masing-masing di bawah Program Residensi Rakyat (PRR) Pulau Manis pada Majlis Penyerahan Surat Tawaran Program Residensi Rakyat (PRR) Pulau Manis, Mukim Kuala Kuantan, yang berlangsung di Dewan Orang Ramai Sri Damai, Kuantan, hari ini.

 

Surat tawaran telah disampaikan oleh YB Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin bin Mohd Ariff, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang.

Hadir sama ialah YH Dato’ Ahmad Islanizam bin A. Halim, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Perumahan Dan Hartanah Pahang (LPHP) bersama wakil Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), wakil agensi dan pemimpin setempat.

 

Rumah PRR ini ditawarkan pada harga RM45,000 seunit selepas menerima subsidi kerajaan sebanyak RM255,000 bagi setiap unit sekali gus membuka peluang kepada lebih ramai rakyat memiliki kediaman sendiri.

Projek PRR Pulau Manis melibatkan 100 unit rumah teres setingkat, lengkap dengan kemudahan surau, taman permainan serta satu unit khas OKU bagi membentuk komuniti yang selesa dan kondusif.

 

Sehingga kini, pelaksanaan PRR di seluruh negeri membabitkan 4,168 unit dengan nilai pembangunan RM149.3 juta, manakala sasaran 2026 melibatkan 750 unit di empat daerah iaitu Kuantan, Temerloh, Jerantut dan Maran.

 

Sistem Perumahan Awam Pahang

Satu pusat sehenti berkaitan perumahan yang menawarkan perkhidmatan berikut:
  • Senarai projek-projek perumahan mengikut daerah
  • Pendaftaran dan semakan permohonan perumahan di bawah Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Pahang, Projek Rumah Makmur, Projek Rumah Pahang, Projek Rumah Penjawat Awam Negeri Pahang (RPAP), Rumah Kos Rendah dan Sederhana Rendah.
  • Kemudahan pembayaran sewaan Rumah PAKR secara atas talian

"Kediaman Selesa, Hidup Sejahtera"

Hakcipta Terpelihara © 2026
Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang
Tingkat 7 & 8, Menara Teruntum, Jalan Mahkota, 25000 Kuantan, Pahang
Tel : 095512777 / 095512888
Email : home[a]lphpahang.gov.my