Seramai 55 Orang Asli Terima RRP Bernilai RM4.125 Juta

Seramai 55 penerima dalam kalangan Orang Asli menerima rumah masing-masing di bawah Program Rumah Rakyat Pahang (RRP) Fasa 5 dan 6 dengan nilai keseluruhan berjumlah RM4.125 juta.

Kesemua mereka telah menerima Sijil Kelulusan Memiliki yang telah disampaikan oleh YAB Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail, Menteri Besar Pahang pada Majlis Penyampaian Inisiatif Makmur Pahang – Perkahwinan Kali Pertama Orang Asli, Dividen Projek Tanaman Semula Komersial Orang Asli (TSKOA) serta Bantuan Rumah Rakyat Pahang (Kuota Orang Asli) yang diadakan di Dewan Terbuka Laman Sejahtera, FELDA Sungai Koyan 1, Lipis.

Usaha ini merupakan komitmen Kerajaan Negeri bagi memastikan komuniti Orang Asli turut mendapat akses kepada kediaman yang lebih selesa, tersusun dan selamat demi meningkatkan kesejahteraan keluarga dan memastikan komuniti Orang Asli tidak tercicir dalam arus pembangunan negeri.
LPHP bersama Kerajaan Negeri akan terus berusaha memperluas peluang pemilikan rumah yang selesa dan berkualiti untuk seluruh rakyat Pahang.