LPHP Turun Padang Bantu Pembersihan Pasca Banjir di PR1MA Seri Damai Jaya, Kuantan

  • Diterbitkan pada 23/12/2025
  • 110 klik

Kelab Sukan Dan Kebajikan Lembaga Perumahan Dan Hartanah Pahang (LPHP) turun padang membantu dalam kerja-kerja pembersihan sisa pukal di Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Pahang Seri Damai Jaya, Kuantan yang bermula jam 9.00 pagi tadi.

 

Banjir yang melanda negeri ini telah bermula pada 16 Disember lalu dan menjejaskan ribuan penduduk di beberapa daerah terlibat termasuk Kuantan, Maran dan Pekan.

Akibat bencana itu, banyak sisa-sisa kerosakan dan kekotoran yang memerlukan tindakan pembersihan segera demi keselamatan penduduk.

 

Kelab Sukan Dan Kebajikan LPHP bekerjasama bersama agensi berkaitan iaitu Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) dan Alam Flora bagi memastikan kawasan perumahan yang terjejas kembali bersih dan selamat.

Kerjasama ini bertujuan meringankan bebanan mangsa serta membantu kerja-kerja pembersihan pasca banjir agar dapat dijalankan dengan lebih cepat dan berkesan.

 

Semangat kebersamaan ini membuktikan bahawa LPHP sentiasa hadir untuk rakyat, bukan sekadar kata-kata tetapi tindakan nyata.

 

Sistem Perumahan Awam Pahang

Satu pusat sehenti berkaitan perumahan yang menawarkan perkhidmatan berikut:
  • Senarai projek-projek perumahan mengikut daerah
  • Pendaftaran dan semakan permohonan perumahan di bawah Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Pahang, Projek Rumah Makmur, Projek Rumah Pahang, Projek Rumah Penjawat Awam Negeri Pahang (RPAP), Rumah Kos Rendah dan Sederhana Rendah.
  • Kemudahan pembayaran sewaan Rumah PAKR secara atas talian

"Kediaman Selesa, Hidup Sejahtera"

Hakcipta Terpelihara © 2026
Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang
Tingkat 7 & 8, Menara Teruntum, Jalan Mahkota, 25000 Kuantan, Pahang
Tel : 095512777 / 095512888
Email : home[a]lphpahang.gov.my