Majlis Penyerahan Rumah Rakyat Pahang (RRP) Fasa 4, Daerah Bentong

  • Diterbitkan pada 23/12/2025
  • 96 klik

Alhamdulillah, tiga keluarga dari DUN Pelangai melafazkan rasa syukur apabila impian memiliki kediaman sendiri akhirnya menjadi kenyataan menerusi program Rumah Rakyat Pahang (RRP) Fasa 4 Daerah Bentong dengan nilai keseluruhan RM225,000.

 

Majlis penyerahan kunci rumah telah disempurnakan oleh YB Dato’ Amizar bin Abu Adam, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal FELDA, Koperasi dan Usahawan Negeri Pahang merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai.

Turut hadir ialah YH Dato’ Mohammad Shahid bin Ismail, Pegawai Daerah Bentong dan wakil Lembaga Perumahan Dan Hartanah Pahang (LPHP) bersama barisan pemimpin setempat yang mencerminkan kerjasama erat semua pihak dalam memastikan agenda perumahan rakyat terus dilaksanakan dengan berkesan.

 

Pemberian rumah RRP ini merupakan simbol keprihatinan berterusan Kerajaan Negeri terhadap kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

 

Semoga kediaman yang diberikan menjadi tempat berteduh yang membawa keharmonian, kesejahteraan dan masa depan yang lebih baik.

 

Sistem Perumahan Awam Pahang

Satu pusat sehenti berkaitan perumahan yang menawarkan perkhidmatan berikut:
  • Senarai projek-projek perumahan mengikut daerah
  • Pendaftaran dan semakan permohonan perumahan di bawah Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Pahang, Projek Rumah Makmur, Projek Rumah Pahang, Projek Rumah Penjawat Awam Negeri Pahang (RPAP), Rumah Kos Rendah dan Sederhana Rendah.
  • Kemudahan pembayaran sewaan Rumah PAKR secara atas talian

"Kediaman Selesa, Hidup Sejahtera"

Hakcipta Terpelihara © 2026
Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang
Tingkat 7 & 8, Menara Teruntum, Jalan Mahkota, 25000 Kuantan, Pahang
Tel : 095512777 / 095512888
Email : home[a]lphpahang.gov.my