Majlis Penyampaian Hadiah Oleh Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang

Majlis Penyampaian Hadiah bagi Pertandingan E-sport sempena Program Smart Technology Towards Smart City, Pahang Teknologi Revolusi Expo (TReX) 2025 telah berlangsung di Dewan Utama Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) dan disempurnakan oleh YB Tuan Fadzli bin Mohamed Kamal, Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang.

Penganjuran pertandingan ini bertujuan menggalakkan penglibatan golongan belia dalam bidang teknologi digital dan e-sukan selaras dengan aspirasi pembangunan bandar pintar serta pendigitalan masyarakat. Program ini turut menjadi platform mencungkil bakat baharu dalam industri e-sukan yang semakin berkembang pesat.
Majlis penyampaian hadiah ini mencerminkan sokongan berterusan Kerajaan Negeri Pahang terhadap pembangunan bakat digital, inovasi teknologi serta gaya hidup berteraskan teknologi pintar, sejajar dengan matlamat pembangunan mampan negeri.